Check Fakta, Check Sanad

Share/Bookmark

Aku sebenarnya tengah bercuti dari menulis blog ni, sebab nak tumpukan masa terluang untuk tulis benda lain... Tapi aku rasa aku kena tulis gak la benda ni...


Korang pernah tengok screenshot ni?








Kat situ ada tulis (sic) "...Allah said if you ignore Me in front of your friends ill ignore you in front of Me."

Yaaa... bende ni tengah tersebar kat Facebook... First time aku terbaca, aku dah pelik sebab aku TAK PERNAH terbaca ayat tu dalam Qur'an! TAK PERNAH!!!
Kalau tu memang firman Allah dari hadith Qudsi, Wallahu'alam, kiranya aku silap la...

Mula-mula rajin gak la aku nak tegur member2 yang share benda ni kat FB, tapi makin ramai lak yang share... penat oii... dah la yang ditegur tu bukannya semua sudi ditegur... Aduhaiii...

So aku tulis kat sini je la...
Ayat dalam screenshot tu diambil dari kitab Bible (Mathew 10:33), bukan dari Qur'an...

Cuba bukak LINK NI

---------------------------------------------------------------------------------

Selalu sangat macam ni...

zaman media sosial amat mudah,
tulis sesuatu; selitkan istilah sains; kononnya saintifik; walhal faktanya langsung tak kena
tulis sesuatu; selitkan istilah Islam; kononnya Islamik; walhal sanadnya entah di mana


lebih parah bila ada yang menegur, cuba membetulkan.... tapi yang ditegur tak sudi berlapang dada... maka kekallah dalam keadaan salah sangka...


Adoiii laaa

Zaman sekarang ni informasi di hujung jari... klik klik je dah jumpa rujukan... yang ada smart phone lagi la mudah... banyak apps, e-books bagai yang sediakan rujukan tafsir, hadith, kitab2 etc... tapi ada gak kes camni...

i
rest
my
case

---------------------------------------------------------------------------------

pembetulan: Tulisan asal menggunakan istilah 'nasab', tapi telah diganti dengan 'sanad' supaya lebih spesifik. Nasab secara istilahnya bererti keturunan/salasilah, manakala Sanad bererti sandaran.
Sanad adalah istilah yang digunakan oleh ahlul hadith untuk memeriksa ketulenan sesebuah hadith.
Nasab istilah yang digunakan untuk menceritakan keturunan seseorang, tapi aku selalu (salah)guna istilah nasab dalam konteks bilamana ada orang bawak sesuatu cerita, mesti aku cari dulu asal usul cerita tu hehe
Wallahu'alam, terima kasih pada Cik Mira kerana membangkitkan isu istilah ini.

Eternal Lovers

Share/Bookmark

Some pictures of eternal lovers. Embraces that last thousands of years

Turkey. Pic from National Geographic


Italy. Pic from archaeology.org


Iran. Pic from locaantiqua.tumblr.com

Menilai Dari Luar Persepsi

Share/Bookmark

Kita seringkali terikat oleh pemikiran kita sendiri. Under siege by our own mindset, filtered by our own perception.

Cuba lihat video pemuzik jalanan yang memainkan biola di L'Enfant Plaza Station, Washington D.C. ini:





Di sebuah stesen keretapi di Washington DC, pagi yang sejuk di bulan Januari 2007, seorang pemuda mengalunkan irama biola selama 45 minit. Sepanjang tempoh tersebut, hampir 2000 penumpang melalui stesen ini, kebanyakannya dalam perjalanan ke tempat kerja.

Pada awalnya, tiada siapa pun yang mengendahkan pemuda ini, sehinggalah pada minit yang keempat, baru ada seorang lelaki separuh usia sudi menoleh memandangnya, sebelum bergegas pergi.

Empat minit kemudian, seorang wanita melemparkan wang satu Dollar ke dalam bekas biola pemuzik tersebut, tanpa berhenti menikmati alunan iramanya.

Enam minit berlalu, pemuzik itu mendapat penonton yang pertama. Seorang pemuda bersandar di dinding mendengar gesekan biolanya untuk beberapa minit, kemudian kembali menyertai aliran pengunjung yang keluar masuk melalui stesen itu.

Beberapa minit berlalu, seorang kanak-kanak berhenti untuk mendengar, namun ditarik pergi oleh ibunya yang kelihatan tergesa-gesa. Kelakuan yang sama dapat diperhatikan di mana kanak-kanak seolah-olah berminat untuk terus mendengar alunan gesekan biola pemuda itu, namun ditarik pergi oleh ibu atau bapa masing-masing.

45 minit berlalu, dari hampir 2000 pengunjung, hanya enam orang yang berhenti walaupun seketika untuk mendengar pemuzik ini memainkan biolanya. 27 orang meletakkan wang, menjadikan jumlah keseluruhan US$32.

Pemuzik itu menamatkan gesekannya, mengemaskan biola kesayangan, dan berlalu pergi. Tiada siapa yang menghiraukan beliau, tiada tepukan, tiada sorakan.

Kerana tiada siapa tahu, bahawa pemuzik tersebut adalah Joshua Bell, salah seorang pemuzik klasik terhandal di dunia. Dan lagu-lagu yang dimainkan pada pagi itu adalah lagu-lagu karya Bach. Lagu pembukaan adalah lagu "Chaconne", yang dikatakan antara lagu yang paling sukar untuk dimainkan. Ramai pemuzik yang mencuba tetapi gagal untuk memainkan lagu ini. Dan biola yang digesek pada pagi itu bernilai US$3.5juta.


Beberapa hari sebelumnya, Joshua Bell bermain di sebuah theater di Boston, di mana para penonton perlu membayar secara purata US$100 untuk melihat Bell memainkan lagu-lagu yang sama.






Ini adalah satu eksperimen oleh Washington Post, di mana ia menunjukkan bagaimana kita, manusia, menilai dengan persepsi yang telah sedia ada di dalam diri kita.

Ingin berubah? Bukan senang... Kita hanya mampu berubah dengan menjadikan diri bersikap kritis, mempersoalkan segala yang kita lihat dan dengar. Tidak mudah percaya dan menerima bulat-bulat dogma-dogma di sekeliling. Tiada siapa yang benar-benar dapat mengajar kita untuk berubah, kerana setiap dari kita adalah berbeza. Yang mengenali diri kita hanyalah kita sendiri, dan Yang Maha Esa.

Jadi mari kita sama-sama memohon kepadaNYA, menjadikan kita insan yang lebih baik. Tak perlu menyatakan apakah kita ingin lebih baik dari segi harta, pangkat atau kesihatan, kerana kita tidak tahu di mana Allah akan meletakkan kebahagiaan kita. Boleh jadi kekayaan menjadikan kita resah, boleh jadi wang yang sedikit menjadikan kita lebih tenang. Siapa tahu? Hanya Allah yang Maha Mengetahui...



Maka perubahan yang kita cari, adalah perubahan ke arah yang lebih baik. Dan apakah yang lebih baik untuk kita, kita serahkan padaNya...

Berlapang dada, kita tidak sempurna






Useful Commands in Ubuntu

Share/Bookmark


Useful commands for Ubuntu:

Privileges

    sudo command - run command as root
    sudo su – change to root shell session
    sudo su user – change to user shell session
    sudo -k – forget your sudo password for current shell session
    gksudo command – run command as root, password prompt using GNOME interface
    kdesudo command – run command as root, password prompt using KDE interface
    sudo visudo – edit users who can run sudo commands (file: /etc/sudoers)
    gksudo nautilus – run Nautilus file manager as root (GNOME)
    kdesudo konqueror – root Konqueror file manager as root (KDE)
    passwd – change your password

Networking

    ifconfig – displays network information
    iwconfig – displays network information for wireless
    sudo iwlist scan – scan wireless networks
    sudo /etc/init.d/networking restart – reset the network
    (file) /etc/network/interfaces – manual configuration
    ifup interface – bring up the interface
    ifdown interface – bring down the interface

Display

    sudo /etc/init.d/gdm restart – reset X (Gnome)*
    sudo /etc/init.d/kdm restart – reset X (KDE)*
    (file) /etc/X11/xorg.conf – show Configuration
    sudo dpkg-reconfigure -reconfigure xserver-xorg-phigh - reset configuration X
    Ctrl+Alt+Bksp – X display reset if frozen*
    Ctrl+Alt+FN – switch to tty N
    Ctrl+Alt+F7 – switch back to X display
*will force log-out the current user

Service System

    start serviceservice to start work (Upstart)*
    stop serviceservice to stop working (Upstart)*
    status service – check if service is running (Upstart)*
    /etc/init.d/service start – start service (SysV)**
    /etc/init.d/service stop – stop service (SysV)**
    /etc/init.d/service status – check service (SysV)**
    /etc/init.d/service restart – reset service (SysV)**
    runlevel – get current runlevel
*supported only in new Ubuntu systems
**supported in old & new Ubuntu systems

Firewall

    ufw enable – turn on the firewall
    ufw disable – turn off the firewall
    ufw default allow – allow all connections by default
    ufw default deny – drop all connections by default
    ufw status – current rules and
    ufw allow port – to allow traffic on port
    ufw deny port – port block
    ufw deny from ip – ip block

System

    lsb_release -a – get the version of Ubuntu
    uname -r – get kernel version
    uname -a – get all the information kernel

Package Manager

    apt-get update – refresh updates available
    apt-get upgrade – update all packages
    apt-get dist-upgrade – version update
    apt-get install pkg – installing pkg
    apt-get remove pkg – uninstall pkg
    apt-get autoremove – removing packages obsotletos
    apt-get -f install – try to fix packages
    dpkg –configure -a – try to fix a broken package
    dpkg -i pkg.deb – install file pkg.deb
    (file) /etc/apt/sources.list – list of repositories APT

Special Packages

    ubuntu-desktop – Setting the standard Ubuntu
    kubuntu-desktop – KDE Desktop
    xubuntu-desktop – desktop XFCE
    ubuntu-minimal – core earnings Ubuntu
    ubuntu-standard – the standard utilities Ubuntu
    ubuntu-restricted-extras – not free, but useful
    kubuntu-restricted-extras – ditto KDE
    xubuntu-restricted-extras – ditto XFCE
    build-essential – packages used to compile
    linux-image-generic – latest generic kernel image
    linux-headers-generic – latest headlines


Find us on Google+