Berfikir

Share/Bookmark

Tulisan di ambil dari blog Dr Kartini Kassim : Wardatul Shaukah


Berfikir



Sewaktu kita melihat, mendengar dan bercakap, bahagian otak yang kita gunakan sangat minimal. Tetapi sewaktu berfikir, betapa banyak daripada bahagian otak kita yang sedang bekerja. Jangan sangka orang yang hebat berkata-kata itu lebih bijak. Jangan sangka orang yang menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas itu orangnya bijak. Jangan sangka orang yang selalu mendengar itu juga lebih bijak. Jika kata-kata, penglihatan dan pendengaran mereka hanyalah sia-sia, kerana tak mahu berfikir.

Seperti robot, yang hanya tahu menghafal teori tanpa mahu berfikir. Jangan sampai sewaktu bertemu dengan pesakit yang meninggal dunia di depan mata, tidak mengambil pelajaran dan tak merasa apa-apa. Jangan sampai hebat mendiagnosis penyakit dan membedah manusia, tapi tidak terlihat keajaiban dan keagungan Tuhan dari ciptaan-Nya. Jangan sampai tidak merasa apa-apa tanpa berfikir di sebalik kekuasaan Tuhan.

Kerana itu juga terdapat banyak ayat-ayat Tuhan yang menyuruh kita berfikir;

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi;sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. (Al- Baqarah:164)

Dan kehidupan di dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (Al-An'aam:32)

Dan Dia yang menghamparkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai di atasnya. Dan padanya Dia menjadikan semua buah-buahan berpasang-pasangan; Dia menutup malam kepada siang. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berfikir.(Ar-Ra'd:3)

Dan sungguh, Kami telah mempergilirkan (hujan) itu di antara mereka agar mereka mengambil pengajaran; tetapi kebanyakan manusia tidak mahu (bersyukur) melainkan berlaku kufur. (Al-Furqaan:50)

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka berfikir. (Al-Hasyr:21)

Pastikan dalam setiap tindakan kamu, berfikirlah terlebih dahulu. Allah bagi akal untuk fikir. Dan itu juga yang membezakan kita dari haiwan.

Selamat berfikir sahabatku.

abdi yang mengemis cinta-Nya,
-wardatulshaukah-
teratak kauthar.

Related Posts by Categories



0 comments:

Post a Comment

Find us on Google+