Erti Kebebasan

Share/Bookmark



Setiap banduan diri
Terkurung dalam belenggu insani
Silih malam saban hari
Simpuh sila mencari erti
Siasah minda, raga dan hati
Kala ralit kaki dan tangan
Sangkar sendiri
Terikat gari









Penjara runtuh kurung roboh
Layangkan aqli bebaskan tubuh
Yang mengheret yang terseret
Humban jauh ke dasar parit
Jiwa teguh akal patuh
Iman seharus kukuh






Pindah sudut berdiri
Wajah di kompas destinasi
Berubah dan berhijrah
Semalam kacau hilang erti
Hari ini berlari
Esok mengasah taji
Lusa terbang sapa mentari





Bebas
Bebas dari penjara kita
Bebas dari ceritera lama
Nan pujangga dalam tiada
Nan jauhari taksir permata
Bebas
Bak burung di luar sangkar
Bak Icarus mengejar sinar
Bebas dari nafsi
Bebas sejelas erti





Related Posts by Categories



1 comments:

Post a Comment

Find us on Google+