Check Fakta, Check Sanad
Aku sebenarnya tengah bercuti dari menulis blog ni, sebab nak tumpukan masa terluang untuk tulis benda lain... Tapi aku rasa aku kena tulis gak la benda ni...
Korang pernah tengok screenshot ni?
Kat situ ada tulis (sic) "...Allah said if you ignore Me in front of your friends ill ignore you in front of Me."
Yaaa... bende ni tengah tersebar kat Facebook... First time aku terbaca, aku dah pelik sebab aku TAK PERNAH terbaca ayat tu dalam Qur'an! TAK PERNAH!!!
Kalau tu memang firman Allah dari hadith Qudsi, Wallahu'alam, kiranya aku silap la...
Mula-mula rajin gak la aku nak tegur member2 yang share benda ni kat FB, tapi makin ramai lak yang share... penat oii... dah la yang ditegur tu bukannya semua sudi ditegur... Aduhaiii...
So aku tulis kat sini je la...
Ayat dalam screenshot tu diambil dari kitab Bible (Mathew 10:33), bukan dari Qur'an...
Cuba bukak LINK NI
---------------------------------------------------------------------------------
Selalu sangat macam ni...
zaman media sosial amat mudah,
tulis sesuatu; selitkan istilah sains; kononnya saintifik; walhal faktanya langsung tak kena
tulis sesuatu; selitkan istilah Islam; kononnya Islamik; walhal sanadnya entah di mana
lebih parah bila ada yang menegur, cuba membetulkan.... tapi yang ditegur tak sudi berlapang dada... maka kekallah dalam keadaan salah sangka...
Adoiii laaa
Zaman sekarang ni informasi di hujung jari... klik klik je dah jumpa rujukan... yang ada smart phone lagi la mudah... banyak apps, e-books bagai yang sediakan rujukan tafsir, hadith, kitab2 etc... tapi ada gak kes camni...
i
rest
my
case
---------------------------------------------------------------------------------
pembetulan: Tulisan asal menggunakan istilah 'nasab', tapi telah diganti dengan 'sanad' supaya lebih spesifik. Nasab secara istilahnya bererti keturunan/salasilah, manakala Sanad bererti sandaran.
Sanad adalah istilah yang digunakan oleh ahlul hadith untuk memeriksa ketulenan sesebuah hadith.
Nasab istilah yang digunakan untuk menceritakan keturunan seseorang, tapi aku selalu (salah)guna istilah nasab dalam konteks bilamana ada orang bawak sesuatu cerita, mesti aku cari dulu asal usul cerita tu hehe
Wallahu'alam, terima kasih pada Cik Mira kerana membangkitkan isu istilah ini.
Posted by Posted by Ariff Abdullah , on at 22:23 • Labels: babbler, facebook, Islam, L

0 comments:
Post a Comment