Pelakon Watak Harry Potter Cuma Dibayar £40 Untuk Filem Terakhir

Share/Bookmark

Siapa kata semua pelakon filem-filem besar dapat bayaran lumayan? Ini kisah benar, pelakon yang melakonkan watak Harry Potter di dalam filem terakhir, 'Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2' cuma dibayar £40 (lebih kurang RM197) untuk lakonannya di dalam filem itu.

Tapi aku bukan bercerita pasal Daniel Radcliffe daa... Ini cerita pasal Toby Papworth, yang melakonkan watak Harry Potter semasa bayi

Walaupun bayaran itu sangat sedikit, tetapi Toby muncul di dalam empat babak filem tersebut, muncul di dalam video promosi, dan namanya tertera di dalam credit roll di akhir filem!!! Best ooooo....

Cuma ibu Toby sedikit terkilan kerana pihak produksi tidak memberikan Toby (dan keluarga) tiket-tiket tayangan perdana filem tersebut, padahal Toby melakonkan watak utama!

Lalalalalalala~~~

Jangan Masuk Bilik Aku!!!


Share/Bookmark

Ini kisah seorang remaja bernama Brandon yang perlu mengikuti kem latihan selama empat minggu. Pesanan terakhir Brandon kepada kakaknya sebelum meninggalkan rumah adalah "Jangan Masuk Bilik Aku"


Apa yang jadi?
























Hahahahaha

Meh Citer Pasal Iftar

Share/Bookmark


Oqaiii... <-- meminjam cara ejaan Adibah

Dah 11 Ramadhan... so aku nak tulis pasal iftar je la... Iftar, atau berbuka puasa, menjadi aktiviti paling diminati ramai setiap Ramadhan... betul kan? kan? kan? Sila jujur dengan diri sendiri hehehe

Tapi masalahnya lepas iftar tu mesti penat punya la... nak solat Maghrib pun kadang2 liat, apatah lagi nak bertarawikh... Aduhaiii... Penatnya, setengah hari tak makan dan tak minum, memang la penat.... BETUL KE???

Betul ke penat sebab puasa? ATAU..... Penat sebab berbuka???

Yang kita dok rasa penat tu bukan sebab tak makan, tapi sebab kita makan banyak...
Makan ni bukan boleh bagi tenaga terus. Apa yang kita makan akan dicernakan oleh tubuh kita untuk membekalkan tenaga bermula beberapa jam selepas makan sehingga 24 jam akan datang. Jadi, yang kita buka puasa tu, bukan untuk tenaga dan-dan tu jugak, tapi untuk tenaga nak beribadat malam nanti...

Habis tu, kenapa kita penat?
Penat sebab untuk mencernakan makanan, tubuh kita juga menggunakan tenaga. Bayangkan lah, kita tak makan dan minum sejak sahur, lepas tu sumbat segala jenis makanan yang susah hadam masa berbuka, itu dah kira memerah titisan tenaga tubuh yang terakhir tu... Memang la penat...

Kalau kita makan sikit jer? Haaa... mulakan makan sikit dulu. Seelok-eloknya makanan yang cepat membekalkan tenaga, tapi tak memerlukan banyak tenaga untuk dihadam; contoh? KURMA!!! Tak jumpa kurma? makan la dessert ker, kuih-kuih manis ker, gula-gula sebijik ker... gandingkan dengan air kosong :D
Lepas tu, solat Maghrib la dulu ye... Insya Allah... Tarawikh lebih bertenaga

Aku cakap banyak, bukannya aku langsung takde berbuka dengan makanan heavy... ada juga sekali sekala... Saksikan gambar-gambar di bawah (tak semua tempat aku pergi aku ambil gambar, kat sini pun ada beberapa gambar aku ambil dari google images jer, sebab lupa nak snap time aku ke sana)




Kurma Barhi, ada dijual di Bazar Ramadhan dekat rumah aku


Jauh gi sampai 1Utama, last-last berbuka kat PappaRich gak...



Teringat zaman ikut abah jual roti Khurasan kat pasar malam dulu...



Yang ni wajib, tiap tahun aku mesti berbuka kat sini hehehe



Mee Kolok, pedas, tapi sedap!!! Dah dua kali aku pekena mee ni. Yang masak tu genuine orang Sarawak!




Bora Asmara!!! - Ini paling heavy aku makan setakat ni...





Berbuka kena ada pemuzik pengiring.. la~la~la~la~la~

Apa pun, start dari esok, jadual iftar bersama geng2 ni, geng2 tu, geng2 nun, etc semua akan bermula... apesal semua buat lewat? Ada yang clash lak tu... Macam seminggu 3-4 iftar buffet jer nanti... Tapi lusa iftar BBQ di tepi tasik hahahaha... tradisi biasa harus diteruskan, kan? kan? kan?
Sebelum aku stop mengarut, kalau korang baca blog ni time nak berbuka, selamat berbuka aku ucapkan. Kalau baca sebelum sahur, selamat bersahur. Kalau baca waktu siang, selamat berpuasa! Kalau baca time azan isya', oi! Masjid! Masjid!!! apa daaa dok baca blog lagi... ish ish ish... hahaha just kidding, selamat berterawih!!!





Find us on Google+