Untuk Hari Ini...

Share/Bookmark

Aku tiap-tiap hari datang awal ke ofis, untuk mengelakkan traffic jam di MRR2. Biasanya aku bangun setengah jam sebelum Subuh, tahajjud kejap pastu bersiap. Azan je aku terus solat lepas tu terus pergi kerja. Sekarang ni pulak Subuh awal, jadi makin awal la aku sampai ofis. Dua jam awal! Nak buat apa ye? Nak terus buat kerja karang pukul sepuluh otak dah tepu. Kadang-kadang aku main game, kadang-kadang aku tengok TV.

Pagi tadi aku saja-saja amik gambar masa berjalan ke cubicle aku. Dan dalam masa dua jam tu terhasillah video ni:
(Dua jam tu tak termasuk masa untuk rendering... aku pakai laptop lama, so render memang sangat-sangat slow la)



Kata-kata di dalam video ni adalah berdasarkan gokai (lima prinsip) di dalam Reiki. Nak tahu lebih lanjut bab tu, bukak link ni: 7chakra.com

Guru...

Kata guru...
Kau kejar harta, harta terpaksa kau galas; kau kejar ilmu, ilmu akan menggalasmu

Kata guru...
Pandanglah ilmu pada natijahnya, bukan pada diri yang membawanya

Kata guru...
Jika hari ini kau tidak mempelajari sesuatu yang baru, engkaulah sebodoh-bodoh manusia

Kata guru...
Ilmu ibarat sebiji buah, semakin lama kau simpan semakin ia membusuk; Kongsilah ilmumu, dan buahmu akan menjadi pohon

Kata guru...
Jangan sesekali kau berkata tidak sebelum kau kaji dan fahami mengapa

Kata guru...
Jika kau memilih mencintai dunia, cintailah ilmu di dalamnya; jika kau memilih mencintai akhirat, cintailah ilmu tentangnya

Kata guru...
Hormati ilmu melebihi kau menghormati seorang raja; sebarkan ilmu sebelum kau dijemput Yang Esa

Guru...
Bertahun tidak ketemu, lebih sedekad yang lalu. Apa khabarmu guru? Aku kongsikan pesanan-pesananmu guru, agar ku tak lupa kala bangkit dan beradu


Gambar hiasan - tiada kaitan dengan posting ini




Sent from my BlackBerry®.

My Wife My Princess

Sedang asyik melihat buku-buku di rak kedai, ternampak buku ni. Rasanya ada orang salah letak sebab rak tu kategori buku lain. Dah nasib terjumpa, maka aku ambil la gambar.

Maybe I should buy this for my future wife :)


Sent from my BlackBerry®.

Apa daaa...

Satu malam (actually malam ni, baru jap tadi), sedang aku asyik bermain game SuperTuxKart...

Ring~Ring~




Aku: Hello, assalamualaikum
Member: Waalaikummussalam. Arip!
Aku: Ya brader. Ap cer?
Member: Aku ada nak mintak tolong ni...
Aku: Ok, cer citer, cer citer
Member: Aku nak mintak kau tolong datang hack Wi-Fi kat rumah aku ni, boleh tak?
Aku: Boleh. Tapi jawab soalan-soalan aku dulu. Soalan nombor satu, Wi-Fi kau pakai WEP ke WPA2?
Member: Apa tu? Aku tak tau la. Apa beza dia?
Aku: Kalau WEP tak sampai 10 minit aku hack. Kalau WPA esok baru habis, kalau WPA2 tahun depan settle kot hahaha
Member: Aku pun tak reti la benda-benda camni. Kau datang la tengok dulu, boleh?
Aku: Lekkk... Soalan kedua, kenapa nak aku hack? Kau lupa password ker?
Member: Bukan lupa, aku memang tak tahu password dia. Wi-Fi ni jiran aku punya
Aku: Soalan ketiga, jiran kau tau tak kau nak pakai Wi-Fi dia?
Member: Laa...kalau dia tahu, baik aku mintak password kat dia ajer
Aku: Soalan keempat, kau nak guna Wi-Fi tu untuk apa?
Member: Aku nak wat project side income sikit-sikit. Ada rezeki member offer tolong business dia, tapi rumah aku takde internet
Aku: Soalan bonus, agak-agak kau dengan curi Wi-Fi jiran, rezeki kau tu jatuh kategori halal ke haram?
Member: ...
Aku: Datang rumah aku, pakai Wi-Fi aku jer...
Member: Tapi kau cakap Streamyx rumah kau problem?
Aku: Takpe, aku tether broadband BlackBerry aku
Member: Apa tu?
Aku: Datang je la bai!
Member: Haha ok!
*klik!*

Sambung kart racing dengan Tux



Sent from my BlackBerry®.

Palingkan Aku

Tuhan...
Aku hambaMu
Berpaut pada tali halus
Pada cinta duniawi
Lemas aku tertimbus
Palingkan wajahku
Palingkan hatiku
Palingkan pada cintaMu Qudus

Tuhan...
Aku hambaMu aku buta
Melihat indah rupa
Aku terpana
Sedang imanku terpejam
Palingkan aku Ya Rabbi...
Palingkan pada kasihMu sejati

Tuhan...
Munajatku secebis cuma
Tak terlawan tafakur aulia
Tundukku jarang berkala
Tak tertebus lautan dosa
Cintaku berakar di dunia
Sedang cintaMu selimut semesta
Palingkan aku...
Palingkan pada cinta
Cinta sehebat cinta
CintaMu al-Khaliq, Engkaulah Pencipta





Sent from my BlackBerry®.

Blog Baru

Aku tengah nak buat blog baru. Tapi tak macam blog-blog aku sebelum ni, blog baru ni takkan integrate dengan blog lifutushi.com. Blog baru ni special, so dia akan pakai domain name sendiri. Domain name yang aku dah beli lima bulan lepas, tapi belum lagi aku guna sampai sekarang.

Menunggu masa dan ketika yang sesuai...

Blog tu pasal apa?

Pasal catatan, diari kembara jiwa mencari ilmu dan cahaya. Diari perang antara hati dan akal, jiwa dan minda. Cey~ bunyi cam poyo je kan?

Takde lah, blog ni sebenarnya untuk aku kongsi ilmu dan pengalaman, serta pengajaran yang aku kutip sepanjang kembara yang masih jauh untuk berakhir ini.

Perkara-perkara yang merubah sangsi kepada yakin...

Ilmu tu tak berguna tanpa dikongsi, jadi aku nak buat blog tu untuk sesiapa yang sudi membaca dan 'memerhati'. Juga untuk orang yang skeptic dalam sesuatu yang luar norma hidup moden.

Apa nama blog tu? Hahaha aku taknak cakap lagi, kang tak jadi malu den oi!

Insya Allah kalau menjadi, aku umum kat sini :D

Adios~ Salam kedamaian











Untuk hari ini demi-Mu Tuhan,
Aku padamkan api kemarahan.
Untuk hari ini demi-Mu Tuhan,
Aku padamkan resah gelisah.
Untuk hari ini demi-Mu Tuhan,
Aku bersyukur dengan nikmat-Mu dan merendah diri dalam kurnia-Mu.
Untuk hari ini demi-Mu Tuhan,
Aku berlaku jujur dalam kata-kata dan perbuatanku.
Untuk hari ini demi-Mu Tuhan,
Aku berbuat baik pada semua makhluk.

Untuk hari ini, esok dan selamanya,
Demi-Mu Allahu Rabbi,
Pandulah aku pada jalan-Mu,
Bantulah aku mengejar ilmu-Mu,
Cukuplah Engkau bagi diriku,
Tiada selain-Mu
Tiada daya, dan tiada kekuatan kecuali dengan izin-Mu,
Berkati perjalanan ini... Amiiin~


Sent from my BlackBerry®.

The Tupai Mania


Bayangan tupai kini menghantui perasaanku

Apakah?

Share/Bookmark


Bayaran Sebuah Kemaafan

Share/Bookmark

Petikan daripada iluvislam.com

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:
Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan org lain."
Saya merasakan bahawa perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan. Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.
Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang dihiris dengan kesedihan.
Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti kehidupan kita akan berakhir. Mereka akan pergi meninggalkan kita. Atau kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka.
Hari ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan, mungkin juga menggembirakan. Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.
Adakah kita berterima kasih kepada mereka? Yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan ini?
TERIMA KASIH
Kita seringkali mendengar, "manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan", untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidak sempurnaan dirinya.
Frasa itu juga mengajar kita bahawa "manusia belajar melalui kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain.
Adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti. Mungkin juga dia disakiti.
Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita. Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga terlalu mahal harga kemaafan kita?
Tak mahu bertanya sapa, tak mahu mendekati, tak mahu dan tak mahu.
Kerana mungkin kita terlalu sayangkan hati kita? Kuat merajuk? Mungkin?
SELAMAT TINGGAL
Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan?
Kita sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal kerana itu, iaitu dengan memendam sakit hati, berpisah, dan dendam – hanya kerana enggan memaafkan.
Tahukah kita bahawa Rasulullah saw. telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.
Kita mungkin boleh berfikir sendiri, akan manusia yang sangat terpuji akhlaknya. Mungkin Rasulullah itu maksum, bersih hati jiwanya, dan kita tak mampu lakukannya. Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita mencontohinya?
Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.
Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita memaafkan mereka.
Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau keluarga kita.
Maafkan sahaja.
Kembalilah bersaudara.
Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak. Andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jenuh dan letih dalam berhijrah. Mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan?
Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." - [Al-Hujurat : 10]
- Artikel iluvislam.com

Owners of AboveTopSecret.com Announce Their Candidacy For President of the United States

Share/Bookmark


via abovetopsecret.com

The CEO and COO of the Internet's most popular website for conspiracy theories and other "alternative topics," have formed a new political party and have announced their candidacy for President of the United States in the 2012 national election.

FOR IMMEDIATE RELEASE

PHOENIX, AZ - April 1, 2011: In a dramatic move into the realm of national politics, the CEO and COO of the popular website, www.AboveTopSecret.com, known as "Skeptic Overlord" and "Springer" respectively, have announced their candidacy for the office of President for the upcoming 2012 national elections. Running under the newly formed T.E.A.T. political party, the two are very hopeful for a broad reaching campaign.

When asked about their core platform, CEO "Skeptic Overlord" responded, "There are a great deal of issues of primary concern to Americans, many of which are being ignored by nearly all other national politicians. We're the only ticket that addresses all the issues head-on, and fully acknowledge why contemporary politicians side-step and avoid anything important." The COO, "Springer," added, "Exactly. What they're not telling you is that there will be no 2013. So none of these issues matter one bit."

The new T.E.A.T. party, which stands for "The End of All Things," reflects the core platform and issue-centric beliefs of the pair who head the party and are also running on the presidential ticket. As it's been confirmed the world will end at the stroke of midnight (GMT) on December 12th, 2012, their platform focuses on the key point that 2013 will never happen. And as a result, no President-elect will be inaugurated in January of 2013. "We could focus on a wide range of artificial issues such as gay marriage, stem-cell research, Justin Beieber, or even pretending to be mad at Wall Street bankers, but we won't," says Overlord, "We're going to be the only honest politician in this race, and say straight up, it just doesn't matter."

With campaign offices opening up in Arizona, Oklahoma, and New York, the candidates and their party are off to a strong start. Springer noted that key people are joining on a daily basis. "Elected officials from across the country are jumping at the chance to be a part of our movement. Just this morning we signed up the elected Class President of a high school in Dearborn, Michigan and the elected comptroller of a college fraternity in Fieldale, Virginia. It's a very exciting time for us."

"With all of the partisan spin and intentional distraction away from actual important issues experienced in contemporary American politics, we are convinced that our message will resonate with the voters in a way never before seen." Skeptic Overlord went on to say. "It's too bad that none of it actually matters as there will be no 2013."

The pair have become well-versed in present-day political issues through the operation of their website, AboveTopSecret.com, which receives five million visits a month from people sharing their concerns. The two can be reach through the website for interview requests for additional commentary, more information on their political platform, and information on the newly formed political party.

www.therewillbeno2013.com

AboveTopSecret.com is the Internets largest and most popular website dealing with "alternative topics" such as government conspiracies, with more than 2.7 million pages of content and over 7 million monthly visitors. The Above Network, LLC, a virtual company with executives in three states and two countries, owns and operates AboveTopSecret.com, among other online properties. The company was founded in 2007 with a goal of creating compelling user-generated content ecosystems on issues of importance to people. For more information, contact Mark Allin at 480.304.5680 or pr(at)theabovenetwork(dot)com. 

p/s - Look at the date of the news ;)

Find us on Google+