Baru sekejap tadi ada kawan aku tanya dalam Facebook chat pasal variable, array dan pointer dalam programming. Kawan aku ni baru nak berkenal-kenal dengan programming, dan dia minta aku bagi explanation yang mudah, so aku bagitau dia "Read my blog in 30 minutes, I'll make it easy to understand"
So, mari belajar asas pemboleh-ubah dalam bidang pengaturcaraan... Dalam bahasa yang kita semua fasih, bahasa DUIT$$$$
1) Variable
- Variable adalah asas kepada pemegang nilai. Seperti wang kertas. Ada not seringgit, ada not lima ringgit, ada not sepuluh ringgit dan seterusnya lah...
macam tu la jugak variable, boleh memegang nilai masing-masing.

-Variable juga datang dalam pelbagai bentuk seperti integer (nombor bulat), long/float (nombor perpuluhan), character (aksara), string (ayat atau perkataan). Sebagaimana wang kertas juga datang dalam pelbagai matawang seperti ringgit, pound, euro dll. Sebagaimana satu ringgit dan satu dollar tidak boleh dijumlahkan secara terus, begitu juga variable tidak boleh disatukan secara terus di dalam satu operasi, bermakna 1 + dua adalah tidak mungkin kecuali salah satu variable tersebut ditukarkan (convert) kepada bentuk pasangannya (seperti money exchange).
2) Array
- Array adalah pemegang yang memegang banyak nilai sekaligus. Perlunya array adalah untuk kita membawa banyak nilai dari satu function ke function yang lain dengan mudah. Dalam bahasa duit, array adalah seperti dompet kita, di mana kita menyimpan banyak wang di dalamnya, dan setiap wang tersebut mungkin mempunyai nilai yang berbeza
3) Pointer
- Seperti namanya, pointer adalah pemegang yang berbentuk penunjuk. Pointer tidak membawa nilai sebenar, tetapi menunjuk kepada pemegang nilai tersebut. Mengapa, kerana boleh jadi nilai yang ingin di bawa bersaiz besar, dan memakan banyak ruang di dalam memori komputer kita. Sebagaimana di dalam dunia kewangan, cek tidak membawa nilai tersendiri, tetapi menunjukkan kepada nilai wang yang tersimpan di dalam bank. Sebagaimana kita hanya perlu membawa sekeping cek untuk nilai wang yang besar, kita juga hanya perlu kepada satu pemegang untuk menunjukkan kepada nilai variable yang besar.
Dan itulah tiga pemboleh-ubah asas dalm bidang pengaturcaraan. Terdapat beberapa lagi jenis pemboleh-ubah seperti structure, object dll, tetapi bagi pelajar baru tiga jenis pemboleh-ubah di atas sudah cukup.
Selamat belajar!
Posted by
Posted by
Ariff Abdullah
, on
at
23:28
•
Labels:
geek,
L,
pictures,
programming,
tech