Penyakit yang Memakan Iman dan Amal
Assalamualaikum...
Salam Asyura... Dan belum terlambat rasanya, Salam Ma'al Hijrah...
Setahun qamari yang baru saja berlalu, sebanyak manakah amal aku? Rasanya tak seberapa... Jika dibanding dosa-dosa di saat lalai dan alpa... Ya Ghaffar... Ya Ghaffar... Ya Ghaffar...
Dan amalan-amalan yang sedikit itu pula, entah berapa sahajakah nilainya?
Hati ini penuh dengan penyakit... Penyakit-penyakit yang memakan segala amalan seperti api yang marak memakan daun-daun kering...
Riya'
Ibadah sebagai tontonan. Di masjid bagaikan seorang abid, tapi bila solat di rumah, macam catuk ayam. Wirid pun tidak, apatah lagi nak bangun untuk rawatib... Ikhlaskah ibadahku?
Takabbur
Bernasib baik diberi peluang menuntut sedikit sebanyak ilmu agama. Tapi yang ilmu seciput itu pun boleh jadikan aku selalu takabbur... Merasa diri lebih hebat dari kebanyakan, sedang amal kian menghilang... Ya Allah...
Sum'ah
Hari ini menolong si fulan, esoknya menolong si fulan. Curah masa dan tenaga membantu sesama manusia. Konon ikhlas tanpa harap apa-apa... Kononnya... Sedang niat bukan LILLAHI TA'ALA... Buat sesuatu bukan kerana Allah, tapi kerana manusia... bila sum'ah tiba, punahlah segalanya...
Ujub
Hebatnya diri ini, reti serba-serbi. Tahu itu-ini. Kalau belum tahu, apa susah, Google kan ada. Boleh belajar dalam masa beberapa hari. Yang tak reti terus jadi reti. Bile tengok ada orang lain yang turut mencuba tapi terkial-kial, huh, memang dasar kurang pandai! Hei!!! Akal itu rezeki Allah yang bagi, silap-silap hari ni Allah tarik balik, apa lagi yang tinggal. Cukup-cukup la merasa diri hebat, sedang boleh jadi itu semua istidraj...
Hasad
Tak boleh tengok orang lain mencuba, terus kondem. Tengok orang lain tak sama, terus mencela... Sedar la oi!!! Kita tak sentiasa betul, orang lain tak sentiasa salah. Boleh jadi sama-sama benar, boleh jadi sama-sama salah. Sedang dalam Islam juga ada konsep khilaf... Kenapa nak diperbesar-besarkan perbezaan, kenapa nak merendah-rendahkan sesama insan? Astaghfirullah... Sedarlah wahai diri, engkau hanya makhluk Ilahi...
Sedikit demi sedikit... Amalan yang seciput dimakan penyakit... Sedang hari terus melahap usia, semakin hampir saat menemuiNYA... Dan bila kematian itu tiba, apakah yang masih berbaki pada buku amalanku? Adakah masih mampu amalan-amalan itu membawaku ke syurga? Mampukah amalan-amalan itu mengimbangi timbangan yang diberati dosa? Mampukah menjauhkan aku dari siksa api neraka? Sedang amalan-amalan itu telah remuk dan hancur dek riya', takabbur, sum'ah, ujub dan hasad?
Wahai diri... Jika hari ini kau tidak mampu berubah, maka engkaulah secela-sela manusia...
Allah... Wa'fuanna Waghfirlana Warhamna...
Posted by Posted by Ariff Abdullah , on at 14:45 • Labels: babbler, Islam, L
0 comments:
Post a Comment