Menuju 2012
Tahun 2011 dah hampir sangat untuk berakhir... Macam biasa, sedar tak sedar setahun lagi hampir berlalu, walaupun aku actually jarang peduli dengan benda-benda macam ni. Bagi aku tahun baru sama macam hari-hari yang lain, cuma kalau tulis tarikh, yang kat hujung pun akan bertukar dari 11 ke 12... Tak lebih dari itu.
Namun tak salah rasanya memasang harapan untuk tahun yang akan datang ni kan? Yang aku harapkan tak banyak, cukup jika momentum yang tengah ada ni tak terhenti macam tu saja. Bukan senang nak membina momentum ni setelah dalam masa beberapa tahun kualiti diri aku sentiasa menurun, sampai la tahun ni aku rasa macam seorang loser bila dibandingkan dengan aku yang dulu.
Maka nak cari balik momentum yang hilang tu bukan senang, perit jugak. Tapi Alhamdulillah... Aku yang pernah tersungkur ke bumi kini kembali bangkit berlari... Semoga langkah ini takkan terhenti...
Tahun 2011 memang banyak berita-berita besar. Terutama pemergian nama-nama besar dunia politik dan hiburan seperti Liz Taylor, Usama bin Laden, Randy Savage, Amy Winehouse, Steve Jobs, Joe Frazier, Muammatr Gaddafi, Vaclav Havel, Kim Jong Il dan ramai lagi.
Bagi aku? Pemergian arwah Abah masih lagi dirasakan... Masih begitu dirindui...
Di penghujung 2011 ini banyak yang harus aku syukuri. Sedikit yang dinanti, namun banyak di antaranya adalah nikmat yang tak disangka-sangka... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Tidak lupa ketenangan yang Allah letakkan di dalam hati ini, adalah sesuatu yang sedari dulu aku cari... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Janganlah segala ini pergi...
Aku tahu diri ini ramai yang benci, entah kerana pernah disakiti ataupun kerana dengki. Jadi sejak hari itu aku lebih senang mengambil sikap berdiam diri. Aku tak mahu ganggu hidup orang, maka janganlah ganggu hidup aku lagi. Cukup-cukuplah kalian semua mengata mengumpat mengeji. Kita teruskan hidup masing-masing, nafsi nafsi. Kita hidup di bawah satu matahari, kita semua hamba Ilahi.
2012... Aku harap tahun yang mendatang ini meneruskan ceria dan bahagia, tenang dan aman, dan semoga aku ditunjukkan jalan menuju Allah Tuhan Sekalian Alam... Amiiin... Amiiin... Amiiin Ya Rabbal 'Alamiiin...
Sebagai menutup tulisan kali ini, sebab aku dah nak start buat kerja, kita letak gambar yang comel lagi ceria!

Pika Pika! Pika-chu~
L, signing out!
Posted by Posted by Ariff Abdullah , on at 08:39 • Labels: babbler, L
0 comments:
Post a Comment