Makan Apa Hari Ini?

Share/Bookmark

Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat-sahabat yang sudi membaca entri kali ini? Masih sihat walafiat? Sudah makan?
Sekarang waktu tengah hari, baru sebentar tadi pulang dari solat fardhu Jumaat. Sedang menikmati dua biji karipap sebagai makan tengahari. Dan di atas meja ada sebungkus pulut kuning berlaukkan rendang ayam untuk dimakan sebentar lagi. Alhamdulillah, rezeki dari Allah S.W.T.

Apa menu sahabat-sahabat hari ini? Sarapan? Makan tengahari? Makan malam?

Jangan berhenti bersyukur dengan rezeki yang diberikan olehNYA. Kerana di saat kita kekenyangan, berjuta manusia sedang kelaparan...

Ramadhan yang telah lebih sebulan berlalu seharusnya telah mengajar kita erti kelaparan. Kita bersahur, berpuasa, dan berbuka. Sedang mereka tanpa sahur, tanpa juadah berbuka. Siang dan malam berlapar... Dapatkah kita merasai penderitaan mereka?

Sahabat-sahabat... Pejamkan mata untuk seketika...

Bayangkan anda adalah seorang lelaki, mempunyai keluarga yang besar, dengan anak-anak yang mungkin hampir sepuluh orang. Kerana kesempitan hidup, anda tidak berpeluang belajar di sekolah. Anda buta huruf, hanya mampu melakukan kerja-kerja yang tidak dipandang oleh masyarakat. Pendapatan anda? Terlalu sedikit... Mungkin hanya cukup untuk membeli beras murah... Anak-anak anda membesar dengan memakan nasi kosong. Kadang-kadang mereka berasa sangat gembira bila mendapat lauk berupa ulam-ulaman yang anda petik di dalam semak semasa perjalanan pulang. Ada ketikanya, anak sulung anda berjaya menangkap seekor ikan di parit berdekatan. Wah, bersorak dan bertepuk-tampar adik-adiknya kerana hari itu makan nasi dengan lauk ikan! Itulah nikmat paling besar yang mereka rasai di dalam kehidupan...




Buka mata anda... Lihat pakaian anda, lihat tubuh anda... Lihatlah perbezaan anak-anak tadi dengan anda...




Pejamkan kembali mata...
Anda kini seorang ibu tunggal. Setiap hari membuat kuih untuk dijual demi menyara anak-anak yang sedang membesar. Pakaian di tubuh anda dibeli sepuluh tahun lepas, semasa arwah suami anda masih ada menyara keluarga. Kini baju pemberian suami tercinta itu sudah terlalu lusuh, bertampal di sana sini. Tidak mampu menggantikan dengan yang baru. Segala wang hasil jualan kuih anda gunakan untuk membeli makanan dan menyekolahkan anak-anak anda. Itupun terlalu rendah kemampuan kewangan anda. Anak-anak ke sekolah biasanya berbekalkan beberapa biji kuih. Pergi dengan perut yang kosong, kuih dijadikan makanan tengahari. Jika ada rezeki, mungkin malamnya mereka dapat menikmati nasi. Ah, alangkah sedapnya nasi itu. Terasa seolah-olah setiap butir nasi hendak dinikmati satu persatu. Walaupun lauk mungkin hanya ikan kering, ataupun telur goreng dibahagi lima, nasi itu tetap terlalu sedap. Tanpa sedar, air mata mengalir menuruni pipi anda, bersyukur kerana berpeluang menikmati nasi hari ini. Esok belum tentu...




Buka mata anda... Bilakah kali terakhir anda menikmati nikmat rasa setiap butir nasi dan setiap cebis lauk anda?

Pejamlah kembali...
Anda baru sahaja kehilangan rumah anda di dalam banjir yang tiba-tiba melanda. Seluruh harta anda lesap begitu sahaja. Hari ini, anda membawa anak-anak ke pusat bantuan untuk mendapatkan bekalan makanan. Meskipun yang diberi cuma roti kosong dan biskut kering, cukuplah buat mengisi perut. Cukuplah buat sementara waktu. Mungkin beberapa bulan lagi, ataupun setahun lagi, anda akan dapat membina semula rumah yang hilang. Anda akan dapat kembali memberikan anak-anak makanan yang disukai mereka. Demi hari itu, anda berusaha, siang dan malam mencari rezeki. Dan rezeki yang ada itu anda gunakan untuk membina kembali rumah anda, sedikit demi sedikit. Kadang-kadang anda terasa begitu penat, dan menangis mengenangkan nasib keluarga anda. Andai dapat, ingin anda memberikan keluarga anda kebahagiaan yang dikecapi dahulu, sebelum segalanya dimusnahkan bencana alam.




Bukalah mata, lihat sekeliling anda... Anda ada tempat kediaman, walaupun mungkin disewa. Ada ada kenderaan, walaupun tidak semewah yang anda impikan. Anda masih ada sesuatu...









Sahabat... Hanya sekadar di dalam bayangan tidak akan mampu kita 'merasai' bebanan insan-insan yang tidak bernasib baik ini. Hanya sekadar bayangan tidak akan mampu kita memahami erti setiap titis air mata mereka...

Namun, jika bayangan itu mampu menerbitkan rasa bersyukur di sudut hati kita, Alhamdulillah. Jika bayangan tu mampu menerbitkan rasa tanggungjawab membantu sesama insa, Alhamdulillah.

Sahabat-sahabat, kini kita akan kembali menemui musim yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Musim di mana jutaan umat Islam dari seluruh dunia berkumpul di Makkah, menjadi tetamu Allah. Musim di mana para Muslimin menyembelih ternakan dan mengagih-agihkan daging kepada jiran-jiran. Musim yang sangat diberkati ini datangnya hanya sekali dalam setahun. Hari Eidul Adha dan hari-hari Tasyrik hanya empat hari, dan di dalam empat hari ini sahajalah kita dapat menunaikan perintah Allah yang berbunyi:

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah” . (Al-Kauthar:2)


Sabda Rasulullah S.A.W.


“Sebaik-baik amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Haji ialah menyembelih qurban, sesungguhnya binatang qurban yang telah disembelihkan itu pada hari kiamat kelak akan dibangkitkan dengan tanduk-tanduk, bulu-bulu, dan kuku-kukunya (yakni lengkap dan sempurna anggotanya) sesungguhnya darah yang mengalir dari sembelihan qurban itu mendapat penghargaan dari Allah dengan diredhainya dan diterimanya sebelum ia menitis ke tanah”. (HR At-Tirmidzi & Al-Hakim)


Dan sabda Baginda S.A.W. lagi:


“Barangsiapa yang memiliki kemampuan (untuk membeli haiwan qurban), lalu tidak melakukannya( tidak berkorban), maka janganlah mendekati tempat solat (masjid) ku.”(HR Ahmad)


Entri ini ditulis dengan niat dan tujuan yang satu, untuk mengajak sahabat-sahabat sekalian menunaikan ibadah korban pada tahun ini. Jika maksud itu sampai ke dalam kalbumu sahabat, Alhamdulillah. Jika tidak sampai pun, terima kasih kerana meluangkan masa membaca entri ini. Penulis ada banyak kekurangan, tidak mahir berbahasa indah. Namun dirasakan tanggungjawab menyampaikan ini adalah perlu. Tanggungjawab mengajak semua sahabat-sahabat untuk sama-sama menyertai pesta kebajikan ini.


Bagi sahabat-sahabat yang ingin turut sama, melakukan ibadah korban, sila klik di sini.
Bagi sahabat-sahabat yang mungkin tiada kemampuan, bersabarlah, dan berdoalah agar tahun hadapan Allah memurahkan rezeki untuk menunaikan korban, amiiinn... Dan jika sudi, sampai-sampaikanlah cerita ini, kongsi-kongsikanlah bersama teman-teman yang lain. Siapa tahu, ada teman yang terbuka hatinya untuk melakukan ibadah korban kerana usaha anda menyampaikan kepadanya, lantas anda juga turut sama menumpang pahalanya, insya Allah :)






Program Qurban For Life (Q4L), dipetik dari www.qurbanforlife.com


Wajah-wajah mereka yang menerima sumbangan Qurban

Fakir miskin Selatang Thai

fakir miskin Pulau Pinang

Gunung Semanggol, Perak

Cheras Baru

Anak yatim, Arau Perlis

Warga Emas, Sungai Ara Pulau Pinang

madrasah tahfiz Rohingya

anak yatim, Rumah Siraman Kasih

mangsa perang, Palestine

Mangsa perang di Iraq

keluarga miskin di Gombak


anak-anak yatim dan miskin di Kupang, Kedah

wakil Pusat Pemulihan Komuniti Selayang

rumah anak kesayangkanku (RAK) Rawanganak-anak yatim dan miskin pelarian Rohingya, Selayang

anak-anak yatim miskin Baling, Kedah

warga OKU Gombakpelarian perang Chechnya, Azerbaijan


Pulau Suri, Tumpat, Kelantan

Mangsa Taufan Sidr Bangladesh
Mangsa Perang di Lebanon





Pengkalan Chepa, Kelantan

Rumah Budi Yan (Gambar Ihsan dari Kyzer)

mangsa banjir Pulau Pinang

Keluarga OKU Penglihatan

anak yatim, Subang Bestari


Penyembelihan setempat untuk mangsa kebuluran, Nigeria

Penyembelihan setempat untuk mangsa kebuluran, Ghana






Related Posts by Categories



0 comments:

Post a Comment

Find us on Google+