Cukai Lagi...
Tu dia.... cukai GST untuk prepaid SIM pack & reload diperkenalkan, sebanyak 6%!!!! Banyak tuuu!!!
Dah la masuk kedai kena bayar service tax, bawak keter kena bayar road tax, tiap tahun bayar income tax... nak guna handphone pun ada tax???
Bab road tax tu aku tak nak complaint la, sebab tarif ikut CC kereta, so siapa kereta mahal bayar road tax mahal... adil la tu kan?
Bab service tax tu pun... alah, siapa taknak bayar service tax, tak payah la masuk kena yang kenakan cukai 5%+10% tu... paham-paham je la kan?
Tapi bab prepaid ni la aku betul-betul tak puas hati... Ye la, yang guna prepaid tu siapa? ramai golongan bawahan, students etc... kenapa yang kurang duit ni pulak kena tanggung beban ekonomi merosot? kenapa syarikat2 korporat besar dapat subsidi berbillion-billion tapi rakyat bawahan ditambah-tambah cukai....
Kalau ikut aku, memang tak terasa sangat dengan cukai 6% ni, sebab aku bukannya banyak guna handphone pun... tapi kalau sebab aku tak terasa beban, tak semestinya aku tak kesian dekat mereka-mereka dan keluarga-keluarga mereka yang terbeban tu... Sebab aku pun pernah jadi student, aku pun pernah rasa bagaimana berharganya setiap sen credit dalam prepaid plan tu...
Aku rasa aku dah banyak bayar tax kat kerajaan... tengok income tax yang dipotong dari gaji aku, cuba kira sendiri berapa banyak:
Posted by Posted by Ariff Abdullah , on at 15:02 • Labels: babble, babbler, L, malaysia

arrayah.info - Haram Pemerintah Malaysia Mengenakan Cukai Top Up Telefon Pra Bayar