Super 8: Apa Kena Mengena Dengan Tajuk Ni?

Baru balik dari tengok wayang petang tadi. K belanja...

Kuar amik K kat Jalan Kuching, pastu terus ke Berjaya Times Square. Sempat sesat kejap (bila la aku nak fasih dengan jalan-jalan kat KL ni???).

Honestly, aku sebelum ni tak ada idea pun Super 8 tu filem pasal apa. Alah, kalau orang nak belanja, rezeki jangan ditolak la kan?

So sampai sana masuk je la. Poster filem pun aku tak sempat jeling, entah cerita perang ke, jiwang ke, komedi ke... No hal lah, aku dah dua kali menyiksa otak tengok cerita Twilight, maka tak ada cerita yang aku tak mampu menyabarkan diri aku untuk tengok hahaha...

Jadi sepanjang movie tu satu je persoalan di dalam benak aku: "Kenapa tajuk dia Super 8?"

Dari awal cerita sampai habis aku tak dapat jawapan dia!!!

So on the way balik tu aku cakap dekat K yang aku tak puas hati kenapa tajuk dia Super 8. Tau K cakap apa? "Filem kodak yang budak-budak tu guna dalam movie tadi tu jenis Super 8"... What???

Itu saja ke kaitan dia? Arghhh!!! Aku tak puas hati, macam tak relevan langsung! Bagi la tajuk Kisah Penggali Kubur ke, Detektif Penembak Zombie ke, Alien Muka Hodoh ke, Projek Cuti Sekolah ke... Ada la juga kaitan dengan jalan cerita!

Tak puas hati! Tak puas hati! Tak puas hati!

Fuhhh... Puas hati dapat meluah perasaan kat sini.

Sekian kisah K & L tengok cerita pelik...



Sent from my BlackBerry®.

Related Posts by Categories



0 comments:

Post a Comment

Find us on Google+