Retreat & Recharge Langkawi 2011

Share/Bookmark

Assalamualaikum...

Hari minggu yang lepas, Jumaat-Ahad 24-26 Jun 2011, syarikat IQBC Sdn Bhd mengadakan program tahunan Nur Reiki Salam + Retreat & Recharge di Langkawi. Aku teringin nak join NRS sebenarnya, tapi kerana kekangan masa, aku cuma ambil R&R sahaja (malam Jumaat & Sabtu).

Maklumat lanjut tentang NRS, klik SINI.

Dalam kesibukan kerja, aku mengambil cuti separuh hari. Jumaat tengahari aku bertolak dari KL, drive sampai Kuala Perlis. Bayangkan, last ferry pukul 7pm, aku drive seorang diri tanpa berhenti makan/berehat pun. Berhenti dua kali sekadar ke tandas, kemudian terus sambung perjalanan.

Highway nampak sedikit sesak (sikit je sebenarnya) sebab ada beberapa kerja membaiki jalan dan satu kemalangan yang berlaku, aku keluar melalui exit Tapah dan ikut jalan lama sampai ke Gunung Rapat. Dari Gunung Rapat aku terus ke arah tol Ipoh, masuk balik highway PLUS.

Masuk Penang jalan sesak balik, jadi aku pun keluar ikut Alor Setar... Bad move!!!

Aku ingatkan Kedah macam Kelantan, sebab dua-dua negeri cuti Jumaat. Kat Kelantan hari Jumaat hari untuk berehat, dan Sabtu hari untuk keluar shopping dan jalan-jalan. Jadi jalan di Kelantan kalau hari Jumaat memang lengang. Kat Kedah tak macam tu rupanya, Jumaat di Kedah hampir sama macam Sabtu di Kelantan. Jalan lama, satu lane, banyak kereta... Aduuu... Lama masa terbuang antara Alor Setar - Kuala Perlis... Sempat lagi ke aku ni? Pukul 9pm R&R dah start...

Ya Allah... Jika dalam perancanganMu untuk aku hadir pada malam ini, permudahkanlah. Namun jika sebaliknya, kurniakan aku kesabaran... Ya Rabbi Allahu as-Samad... Waktu? 6pm...

La Hawla Wa La Quwwata Illa Billaah...

Laisa Laha Min Dunillaahi Kaasyifah...

Reiki jalan... Tawakkal pada Allah S.W.T.

Pukul 7:02pm aku dah berada di depan kaunter tiket feri di Kuala Perlis. Dengan berpeluh dan termengah-mengah berlari mengusung beg dari carpark, aku tanya gadis kaunter tu;

"Dik, last ferry sempat lagi ker?"
"Last ferry ada lagi bang, sat gi baghu depa bertolak, nak beghapa oghang bang?" Senyum je dia tengok muka serabai aku
"Sorang. Dewasa"
"Abang naik feri teghuih naaa..." Senyum lagi...
"Wokey! Tenkiuk!" Aku sengih membalas senyum hehehe

Alhamdulillah... Sempat menaiki feri terakhir... Tak berapa minit lepas tu feri pun bertolak menuju Langkawi...

Atas feri perut dah berkeroncong... Nasi lemak time breakfast tadi dah tak mampu menampung penggunaan tenaga hari ini... Hantar SMS pada Luthfi minta simpan makanan sikit, sebab aku tau nak singgah makan kat kedai memang dah tak sempat...

Kat atas feri terus berdoa, semoga sempat ikuti R&R malam ni...

Macam tak percaya, baru minggu lepas aku decide nak join R&R, time tu belum pun apply cuti lagi. Hari ni pagi sampai petang jadual penuh dengan division punya aktiviti. Breakfast ramai-ramai, knowledge sharing, meeting, forum (?), briefing, brainstorming dan macam-macam lagi. Kalau nak diikutkan memang hari ni aku tak boleh cuti... kerja bertimbun-timbun lagi. Bukan setakat Jumaat, weekend sepatutnya ada dah set untuk siapkan kerja-kerja yang perlu siap sebelum Isnin... Pada Dia aku berserah... Tawakkal je la... Yang pasti, sekarang ni aku berada di dalam sebuah feri menuju Pulau Langkawi, masih memakai baju kerja pagi tadi... Laaa.... patut la panas semacam jer... Kemeja tak tanggal lagi, pakai t-shirt sudaaa...



Menanti feri tiba di jeti Kuah...
Sampai je feri kat Kuah, aku terus heret beg ke tempat sewa kereta. Aku nak cari MyVi (biasa la hehehe), tapi semua MyVi dah kena sewa, satu kaunter pun takde MyVi... So aku amik Wira je la...

Dari Kuah aku drive ke Pantai Chenang, tempat menginap peserta NRS dan R&R kali ni... Boleh tahan jugak la aku tekan minyak, tapi tak laju pun... Sebab Wira lama, button overdrive pun takdak...

Sampai area pantai Chenang aku melilau cari motel yang Luthfi bagitau. Aku tak berapa reti sangat area sini, so aku rasa macam dah sesat. Akal aku kata sesat, hati aku kata belum sesat. Aku ikut kata hati je la... Drive punya drive, sampai aku dah nak give up, nak cari tempat boleh berhenti tanya jalan kat orang. Belum sempat aku berhenti mata aku ternampak papan tanda motel tu... Waaaaah!!! Aku dah sampai!!!!

Time aku sampai tu, sessi R&R dah start, so aku terus ke sana. Tapi sempat makan kat cafe motel dulu la... Perut tengah mengamuk ilmu mana boleh masuk dengan lancar. Nasib baik diorang simpankan makanan, kalau tak terpaksa buang masa ke kedai cari makanan.

Makan dulu!!!!


So malam tu sempat juga la aku ikuti sessi R&R yang pertama...

Sebelum tu, aku nak cerita kisah selingan... Dalam masa rushing kat Kuala Perlis tu, aku tertinggal duit aku dalam kereta. Dan juga beberapa barang lain. Duit tu dalam sampul sebab aku baru je withdraw pagi tu. Dalam wallet aku ada seratus lebih jer, yang aku dah gunakan untuk bayar sewa kereta + deposit. So malam tu poket aku kosong. Jadi sementara ada masa, aku pun drive ke ATM nak keluarkan duit. ATM tak berfungsi... Alamak...

Aku tak tau kat mana lagi area Chenang ni yang ada ATM... Jadi aku drive ke Kuah... Sampai ke Kuah, lagi haru!!! Maybank tutup!!! Maksud aku, pintu kaca ke tempat ATM tu pun kunci! Apa ni??? Nak kata system maintenance, bukan ke biasanya maintenance pukul 12am-1am? Ini dah pukul satu lebih ni...

Try kat bank lain pun sama, tak boleh connect ke Maybank... Dah pukul 1.30am ni...

Masalahnya... Aku ada berapa sen je syiling dalam wallet... Minyak dalam tangki kereta dah tunjuk E, tak tau berapa lama lagi boleh bertahan... Aku 20km dari motel... Kalau kereta habis minyak on the way ke motel, naya la aku, time-time macam ni jalan sunyi jer...

Sekali lagi aku serahkan segalanya pada Dia... Sambil Reiki kereta, aku drive balik motel... Along the way tak putus-putus berdoa... Terasa hina jugak diri ni, time macam ni je la lidah sentiasa basah dengan segala zikir. Time senang, tak bermasalah, harap lepas solat je la kalau nak zikir, tu pun zikir-zikir ringkas ajer...

Alhamdulillah... Aku sempat tiba di motel... Sampai je terus tidur...

Walaupun tidur lambat, tapi aku dah terbiasa terjaga awal untuk Subuh. So esoknya aku bangkit solat macam biasa. Ingat nak sambung tidur, tapi Salmi ajak teman dia ke pantai. Well, ok jugak tu, time gelap-gelap ni tengok laut... Melepak la kitorang kat tepi pantai tu sampai matahari dah naik baru balik.

Pantai ni hadap ke barat, so tak nampak la matahari naik


Lepas tu terus sambung sesi SKF kat pantai, belah lain... Alhamdulillah, rezeki ilmu lagi :D

Lepas breakfast, terus ke ATM keluarkan duit... Fuhh... Lega dan tenang rasanya bila dapat pegang duit. Rasa macam 'selamat' sikit, walhal baru semalam menyerahkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah, hari ni mindset dah lari balik... Apa nak jadi ni???

Pagi tu aku asalnya cadang nak ronda pulau sorang-sorang. Ye la, aktiviti bebas bagi peserta R&R sementara peserta-peserta NRS teruskan dengan syllabus diorang. Tapi Kak Su ajak ke Kuah untuk shopping sikit, best gak tu! Aku pun entah sejak bila jadi suka shopping lak hahaha...

Takde la banyak sangat shopping, pergi Langkawi Fair, Rams & satu kedai kek jer. Tapi biasa la kalau dah masuk kedai, at least mesti beli satu barang kan? kan? kan? Beli biskut pun jadi la hahahaha

Aku amik peluang jugak la shopping chocolates. Sebagai peminat shopping dan peminat tegar cokelat, kelabu la mata aku time shopping tu. Rasa cam nak beli semua je hohoho, tapi berjaya mengontrol diri. At last sikit je aku beli... Yes! Self-control succeed!!!

Siapa-siapa yang ada dapat chocs tu, sila nikmati ye... Choc yang berbungkus dan beriben tu special!

Dan sempat jugak la beli birthday present untuk Master Hazil, tapi tak puas hati sebab aku dah ada 'hadiah' lain yang aku niat nak bagi, tapi tak sempat siap... 'Masa' menyombong dan tak mahu bersahabat dengan aku dah sekarang ni, tak macam time awal tahun hari tu...

Tengahari tu balik motel, pastu petang keluar jalan-jalan dengan Syidan & Kak Lat. Kak Lat nak pergi Ayer Hangat, so kitorang ke sana dulu la. Aku rendam kaki je la walaupun Syidan siap mandi dalam tu.

Dan semestinya tapping ke dalam kristal ni

Next? Air panas dah rasa, cari air sejuk lak. Syidan ajak ke Durian Perangin, aku tak pernah sampai ke situ so jom je la!

Durian Perangin


Boleh tahan la air terjun dia... Tapi aku dok tepi je la, main-main dengan anak-anak ikan yang ralit menggigit kaki aku... Sedap ke kaki aku ni? Tak pernah lak aku try gigit kaki sendiri. Syidan? Nuu haa... Meditasi bawah air terjun

Fokus Syidan!!! Jangan dihirau awek-awek yang tengah mandi kat depan mata tu hahaha

Dan tak lupa la kan, kristal ni 'mandi' bagi pihak aku hehe

Last stop, sebab kitorang kena balik before 8pm, ada BBQ, majlis harijadi Master Hazil dan sessi R&R... Ke Gunung Raya... Sebab petang tu Syidan yang drive (kalau aku drive gerenti sepuluh kali tersalah masuk simpang hahaha), so kira ikut saja la dia nak ke mana...

Aku tak expect kat puncak Gunung Raya tu ada resort yang saaaaaaangaaaaaaat cantiiikkkkk!!!! Gile excited aku dengan resort ni. Staf dia, cik Ida bermurah hati bawa kitorang melawat bilik-bilik yang ada... Serius lawa giler bilik-bilik dia... macam hotel besar, tapi harga murah jer... Dah la angin kat atas tu lagi best dari Genting... tapping...tapping... supaya aku ada rezeki menginap semalam-dua kat situ nanti... Kak Lat kata nanti dia nak bawak famili dia dok situ, so aku bagitau aku lak nak honeymoon kat resort tu nanti... Gerenti tak turun bawah punya la nanti, dok atas gunung jer...









Cafe kat atas tower. Kira kitorang berada di point paling tinggi di Langkawi la; Menara tertinggi di atas gunung tertinggi

Patut turun dari tower tu kitorang terus balik, tapi Syidan nak tunggu sunset gak. Sukati ko la, ko yang jadi emcee malam nanti hahaha

Sunset dari puncak Gunung Raya


Menikmati terbenamnya matahari. Selamat tinggal hari ini, selamat datang hari esok...

Tidak lupa kristal yang sekarang ini setia menemani aku di pejabat :)


Pastu kitorang pun balik...

Aktiviti makan-makan, sembang-sembang, menyambut hari kelahiran guru yang disayangi semua :) , saling bercerita dan mendengar cerita, dan aktiviti special malam tu (aku taknak cerita, tapi ianya sangat special!)

Malam itu, aku rasa sangat bersyukur kepada Allah kerana menemukan aku dengan Reiki, menemukan aku dengan guru seperti Dr Hazil, dengan krew-krew IQBC, dan dengan sahabat-sahabat yang cukup mendamaikan walaupun ramai yang baru sehari aku jumpa. Juga sebak di dada kerana tidak mampu mengucapkan segala penghargaan kepada insan yang memperkenalkan aku dengan Reiki dan IQBC. Peluang untuk aku mengucapkan 'terima kasih' telah tertutup, namun aku tetap titipkan melalui doa saban siang dan malam. 

Bagi yang sudah lama mengenali aku, dan tahu perjalanan hidup aku mencari ilmu, maka jujur aku katakan pada tempat teratas di makam jiwa, hanya tiga ilmu dan tiga guru akan aku letakkan di situ, inilah satu di antara tiga ilmu/guru tersebut... 

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...





Kak Su: Kite bakor jer
Master: Kite bakor! Kite bakor!
Hehehe

Aktiviti malam tu habis dalam pukul 3am lebih... Tapi semua ceria je lagi... Kan? Kan? Kan?


Hari terakhir, bangun pagi dan mandi lauuuuttttt!!!!!

Lepas tu... Bertolak balik la. Gi hantar kereta sewa, terus ke jeti... Rasa tak puas sungguh, dah la aku join lambat... Tapi apa kan daya, tanggungjawab ada di KL...

Balik tu nasib baik Syidan sudi gilir drive dengan aku, kalau tak penat gak la nak drive balik KL sorang2... On the way balik tu sempat singgah satu tempat dulu... Kat mana?

Kat sini daaa

Kat mana ni???


Haaaa....

Sempat la mandi dalam kolam-kolam air panas... Tak semua turun mandi.

Lepas tu sambung balik perjalanan... ke KLIA!!! Hahaha... Bukan nak naik flight, tapi hantar Syidan ke ofis dia. Dia park kereta kat situ. Then aku drive balik rumah... Membawa seribu kepenatan, dan sejuta kepuasan... Insya Allah, jika dizinkan-Nya, next year aku join NRS lak!!!

Esok Isnin=esok aku kerja!!!!!
Warghhhhhh!!!!!!
Aja-aja fighting!!!!


-L-

Related Posts by Categories



0 comments:

Post a Comment

Find us on Google+