GIMP Tutorial - Menggunakan Overlay

Waaa... dah lama takde tutorial kat sini kan?
Jom ikuti satu tutorial yang sangat mudah, dan mengambil masa beberapa minit sahaja. Tutorial kali ini akan menyentuh tentang satu teknik Blending yang dipanggil Overlay. Overlay adalah cara untuk blend warna satu layer kepada layer yang dibawahnya tanpa mengubah tekstur.

Gambar yang kita akan guna untuk kali ini adalah gambar kristal berlatarbelakangkan matahari terbenam, yang diambil di puncak Gunung Raya, Langkawi. 



Ini bukan sebarangan kristal, ianya istimewa kerana telah di energized dengan Nur Reiki Salam KLIK SINI


Dan kita akan menggunakan Overlay untuk menjadikannya kelihatan sebegini:



Okey, contoh di dalam tutorial ini akan menggunakan GIMP, tetapi ianya juga boleh dilakukan menggunakan Adobe Photoshop. Langkah-langkah yang diperlukan adalah sama sahaja. Jadi, anda bebas untuk mengikuti tutorial ini dengan menggunakan GIMP mahupun Photoshop.





1) Download gambar yang pertama di atas dan buka menggunakan GIMP/Photoshop:







2) Buat satu layer baru, dan isikan dengan gradient warna langit senja seperti di bawah. Saya menggunakan gradient yang bernama Skyline. Arah gradient haruslah lurus dari atas ke bawah bersudut tepat dengan grais khatulistiwa (horizon) gambar







3) Tukar Blending Mode layer baru kepada Overlay, dan kita akan dapat hasil seperti di bawah







4) Di dalam contoh ini, kedua-dua layer tadi telah digabungkan (merged) untuk mengurangkan semak pada pandangan, namun ianya bukan satu langkah wajib. Anda boleh menggabungkan layer-layer anda atau membiarkan mereka terasing. Seterusnya create satu lagi layer dan isikan dengan gradient pelangi. Saya menggunakan gradient bernama Full Spectrum di sini. Arah gradient kali ini haruslah bersudut condong untuk menimbulkan kontras berbanding latar belakang. Setkan mode layer baru ini kepada Overlay







5) Menggunakan Layer Mask pada layer gradient pelangi tadi, padamkan bahagian yang menutupi latarbelakang (warna merah dalam gambar di atas) dan bahagian-bahagian sisi objek depan (juga berwarna merah dalam gambar di atas) 







6) Guna Smudge Tool untuk melembutkan perbezaan yang terhasil daripada Layer Mask tadi. Pada peringkat ini, boleh dikatakan tutorial ini sudah tamat. Melalui Overlay, kita telah memberikan warna pelangi pada kristal dan warna biru-merah pada langit.







7) Untuk memberikan efek kegelapan, create satu lagi layer dan isikan dengan warna hitam Tukar belnding kepada Overlay




Macamana? Jadi tak? Kalau ada yang tak faham, jangan segan... cer tanye cer tanye!





Share/Bookmark

Related Posts by Categories



2 comments:

Post a Comment

Find us on Google+