Asal-usul RSVP invitation

Share/Bookmark

Dalam era facebook ni, menjemput kawan-kawan dan yang tak berapa kawan untuk datang menghadiri sesuatu majlis memang mudah. Create event->invite->siap!!! Kemudian jikalau majlis itu majlis perkahwinan barulah ada tambahan kad jemputan...

Facebook Event juga memperkenalkan kita kepada satu singkatan baru iaitu RSVP, yang mudah ditafsirkan sebagai 'sila balas/jawab'.

Tapi apa sebenarnya RSVP ni? cer citer cer citer...

Moh awok citer dekat kome... (Ada efek lagi ke petik lawak Kak Limah ni?)

Rujukan: The New Emily Post's Etiquette

RSVP atau ayat penuhnya répondez s'il vous plaît (response if it pleases you) adalah dari bahasa Perancis, dan digunakan oleh golongan atasan di England pada kurun ke-18. Ketika itu bahasa Perancis dianggap bahasa kelas tinggi dan eksotik. Ditulis sebagai R.S.V.P. pada bahagian atas surat-surat jemputan untuk majlis-majlis keramaian.

Budaya ini dibawa oleh rakyat-rakyat England yang berhijrah ke Amerika, dan akhirnya diterima sebagai satu piawai dalam mana-mana bentuk jemputan.

Pada awalnya, menulis RSVP pada jemputan bermaksud pihak yang menjemput berharap tetamu yang dijemput dapat memberikan balasan terhadap jemputan tersebut, saama ada bersetuju ataupun menyatakan kesulitan untuk hadir. Dengan ini, pihak yang menjemput dapat membuat perancangan yang lebih menapti jumlah tetamu yang bakal hadir.

Namun begitu, budaya ini semakin pudar dan hampir tidak lagi dipedulikan. RSVP kini cuma menjadi simbolik kepada jemputan, di mana tetamu yang dijemput tidak lagi memaklumkan kehadiran sebagaimana suatu ketika dahulu.

Macamana nak menyebut répondez s'il vous plaît ni?

Boleh buka link ini forvo.com

Jadi lain kali ketika menjemput kawan-kawan secara lisan, cuba sebut répondez s'il vous plaît  dan lihat reaksi mereka! :D

Imej dari aurorameyer.wordpress.com



Related Posts by Categories



0 comments:

Post a Comment

Find us on Google+