Hakcipta

Share/Bookmark


Kita penat-penat menulis blog, website, cerita dan sebagainya. Kemudian senang-senang je orang curi karya kita dan gunakan pada blog sendiri. Kalau blog personal mungkin ringan la sikit, tapi kalau untuk cari makan? haaa... yang ni kita tak boleh nak bakor jer~

Secara ringkas, mari kita tengok apa hak-hak kita sebagai pemilik asal sesuatu karya...

1. Apa itu hakcipta (copyright)?
Menurut WIPO, copyright ditaksirkan sebagai "...a legal term describing rights given to creators for their literary and artistic works."

2. Adakah hanya syarikat berdaftar berhak memiliki hakcipta?
Semua pihak yang menghasilkan karya berhak memiliki hakcipta terhadap karya yang dihasilkan, sama ada sebuah organisasi ataupun orang perseorangan

3. Adakah perlu mendaftarkan setiap hasil karya kepada organisasi pelindung hakcipta?
Tidak semestinya. Setiap karya secara automatis menjadi hakcipta penghasil karya, sama ada di daftarkan atau tidak

4. Adakah mendaftarkan hakcipta memerlukan modal
Bayaran perlu dibuat bagi setiap karya yang didaftar untuk hakcipta. Bayaran dibuat kepada organisasi pelindung hakcipta di negara yang didaftarkan

5. Apa perbezaan di antara hakcipta yang didaftarkan dan tidak didaftarkan?
Bagi hakcipta yang tidak didaftarkan, pemilik hanya boleh menuntut gantirugi bagi setiap kes pelanggaran hakcipta. Bagu hakcipta berdaftar pula, pemilik juga berhak meminta mahkamah menjatuhkan hukuman 'punitive damage' terhadap pelanggar hakcipta

6. Siapa yang bertanggungjawab dalam hal hakcipta di Malaysia
Badan yang mengawal hakcipta di Malaysia adalah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

7. Apakah akta yang melindungi hakcipta di Malaysia?
Akta Hakcipta (Akta 332 1987)

8. Apakah hak pemilik hakcipta menurut undang-undang?
Terdapat dua hak bagi pemilik setiap karya iaitu 
a) Hak komersial - Hak menerbitkan/mengeluarkan/mengedarkan/menyampaikan/menayangkan/menyewakan dll
b) Hak moral - hak untuk dikenali sebagai pemilik/pengkarya dan hak melindungi karya dari ubahsuai

9. Apakah pengecualian yang diberikan oleh Akta Hakcipta
Pengecualian diberikan bagi penggunaan karya untuk tujuan:
a) Penyelidikan
b) Pengajian persendirian
c) Kritikan dan laporan semasa

10. Apakah isi kandungan laman web juga dikira sebagai hakcipta?
YA!

11) Apa yang harus dilakukan jika kita merasakan berlaku pelanggaran hakcipta terhadap karya kita?
Kita boleh membawa kes ini kepada Tribunal Hakcipta

12) Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan ke Tribunal Hakcipta?
Permohonan boleh dibuat dengan menulis kepada Setiausaha Tribunal iaitu Bahagian Hakcipta, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)



Rujukan (untuk mereka yang ingin membawa dengan lebih lanjut)
-Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
-World Intellectual Property Organisation (WIPO)
-WebmasterWorld.com

Related Posts by Categories



0 comments:

Post a Comment

Find us on Google+