Sedap Sangat Ke Dosa Fitnah?

Apa lagi la yang jadi ni???

Manjang aku je kena tuduh, dah takde orang lain ker?

Dari dulu semua benda buruk lempar kat aku... Aku tak pernah buat baik kat kau ker?

Wei... Orang yang berkenaan... Udah-udah la tu kumpul dosa fitnah orang. Dosa kau pun dah berlambak, nak tambah lagi?

Kau fitnah aku dulu-dulu aku dah ampunkan, tak cukup lagi? Nak lagi?
Hanya sebab aku tau buat satu benda, tak semestinya aku akan buat, dan tak semestinya bila benda tu terjadi aku yang buat.

Aku ada hidup aku sendiri la, takde masa nak amik tau hidup orang tak kenang budi macam kau. Blog kau kena hack ke, facebook kau kena hack ke, e-mel kau kena hack ke, apa-apa je yang tak kena dengan hidup kau... Itu masalah kau. Tak perlu nak tuduh aku.
Aku pun dah muak dari dulu semua benda buruk pasal aku kau nak cerita kat orang, macam la aku ni jenis manusia yang langsung takde kebaikan. Aku buat silap laju je kau cerita kat orang, yang aku susah payah tolong kau, ada kau pernah sebut? Yang benda-benda buruk yang aku tak buat pun kau rajin cerita, apa hal???

Kau dengan kawan kau sama je la. Takut dengan bayangan dosa sendiri... Aku jugak jadi mangsa...

Ke korang nak aku betul-betul buat semua benda yang korang tuduh aku buat? Berani?

Buat pengetahuan yang berkenaan, aku tak tahu menahu apa yang baru terjadi, dan aku tak mahu tahu. Masalah sendiri setel sendiri la!



P/S - sekian post membebel, sebab aku memang betul2 tengah bengkek. What a perfect way to ruin my good day


Sent from my BlackBerry®.

Related Posts by Categories



0 comments:

Post a Comment

Find us on Google+