Petua Untuk Mereka Yang Susah Tidur

Share/Bookmark

Kali ni aku nak kongsikan petua yang aku guna untuk mengatasi masalah susah tidur. Aku memang jenis sangat susah tidur, dari dulu lagi. Masalah bertambah kronik bila aku mula bekerja sebagai researcher. Disebabkan kerja aku memerlukan otak selalu berfikir, tak henti-henti, maka biasanya hampir dua jam terkebil-kebil di atas katil baru aku akan terlena. Dan aku biasanya tak akan rasa mengantuk sebelum tengah malam. Jadi, waktu tidur aku yang biasa adalah selepas pukul dua pagi.

Bayangkan waktu tidur aku setiap hari hanyalah di antara dua pagi hingga subuh. Memang gaya hidup yang tidak sihat. Sehingga akhirnya aku jumpa kombinasi produk-produk yang membantu aku tidur awal dan lena. Sekarang aku mampu tidur seawal 10 malam, dan boleh bangun dengan bertenaga untuk buat tahajjud, solat hajat dan lain-lain sekurang-kurangnya  setengah jam sebelum subuh.

Ada empat produk yang aku guna, tapi bukanlah setiap malam aku gunakan keempat-empat sekaligus. Kadang-kadang aku cuma guna tiga, kadang-kadang cuma dua. Sekali-sekala aku guna empat sekaligus, bergantung kepada tahap mengantuk yang aku rasa pada malam tu.

Mari aku perkenalkan produk-produk yang aku gunakan


1) Examo CKM 500 [LINK KLIK SINI]


Produk homeopati ini aku dapatkan dari syarikat RealElite World yang terletak di Jalan Pahang, KL. Banyak produk lain yang turut dijual di situ. Yang aku gunakan adalah Examo CKM 500 dan Asmakur (untuk masalah batuk)





2) S7 Magical Oil [LINK KLIK SINI]


Produk ini pula aku beli dari IQBC yang terletak di Shah Alam, Selangor. Juga terdapat banyak produk-produk lain bagi yang berminat dengan kaedah rawatan kontemporari dan alternatif. Syarikat ini juga menawarkan sesi rawatan dan terapi serta kursus-kursus yang berkaitan.





3) Ogawa Revitilisor [LINK KLIK SINI]

Yang ini, tengok nama pun semua dah tahu, aku beli dari Ogawa, di cawangan yang ada di Leisure Mall, Cheras, KL. Gambar ni aku ambil dari website Ogawa, Revitilasor yang aku ada cover dia warna hijau, dan aku guna haruman lavender (my favourite!)





4) Alunan Syeikh Saad al-Ghamidi [KLIK SINI UNTUK DENGAR]

Yang ini dah kira wajib bagi aku. Aku pun tak tau kenapa aku susah nak tidur kalau tak dengar suara Syeikh Ghamidi baca al-Qur'an. Aku pernah cuba tukar kepada qari-qari lain, tapi kesan dia tak sama bagi aku. So, dari zaman belajar sampai sekarang, setiap malam aku akan dengar alunan suara Syeikh al-Ghamidi, terutama surah 'al-Waqi'ah.




So, itu saja lah petua cukup tidur yang aku guna sekarang. Mungkin korang pun ada petua-petua sendiri. Kalau belum ada, boleh cuba mana-mana cara yang aku sebut kat atas. Yang penting kena cukup tidur. Tapi jangan terlebih-lebih tidur pulak ye. Bak kata orang putih Early to bed and early to rise, makes a man healthy, wealthy, and wise




Peace out! Damai~

Related Posts by Categories



1 comments:

Post a Comment

Find us on Google+