Aku ingin bersamu

Share/Bookmark


Aku ingin bersamamu,
Saat kamu bangun mata, akan kusambut dengan sentuhan kasih sayang tanda permulaan hari yang indah.

Aku ingin bersamamu,
Dikala Subuh, solat berjemaah dan berdoa kepada Allah S.W.T bersama.

Aku ingin bersamamu,
Bersalam dan melambai mesra menemanimu ke pejabat.

Aku ingin bersamamu,
Menjemputmu ketika tamatnya waktu bekerja.

Aku ingin bersamamu,
Menghilangkan penat lelah dengan senda gurau dan air teh suam di waktu petang.

Aku ingin bersamamu,
Berkongsi segala ilmu yang diceriterakan oleh para ilmuwan di musollah.

Aku ingin bersamamu,
Makan pagi, tengahari, petang dan malam di dapur yang sama.

Aku ingin bersamamu,
Dihujung bulan, berpusu-pusu ke gedung jualan membeli barang dapur.

Aku ingin bersamamu,
Menjaga makan minum, pakaian, tempat tinggal dan memberikan segala yang terbaik untukmu.

Aku ingin bersamamu,
Ketika muncul kandungan pertama, aku mengalunkan ayat suci al-Quran disebelahmu.

Aku ingin bersamamu,
Akanku cuba mengabulkan segala permintaan dan idaman kamu dan kandungan.

Aku ingin bersamamu,
Merasai pergerakan pertama si kecil dalam kandungan.

Aku ingin bersamamu,
Ketika kamu kesakitan dan mengalir air mata, aku akan mengenggam tangan menemani kamu.

Aku ingin bersamamu,
Menyambut kelahiran bayi pertama dengan melaungkan azan dan qamat di kedua-dua telinganya.

Aku ingin bersamamu,
Berjaga malam membelai mesra si kecil yang manja.

Aku ingin bersamamu,
Melihat saat pertama si kecil berjalan dan melafazkan perkataan untuk pertama kali.

Aku ingin bersamamu,
Menemani si kecil membesar. Mendidik dan mengasuh si kecil menjadi insan yang berjaya.

Aku ingin bersamamu,
Menemani isteri yang tabah dan rajin menuntut ilmu.

Aku ingin bersamamu,
Membantu sedaya upaya menempuhi segala cabaran dalam mendapatkan segulung ijazah.

Aku ingin bersamamu,
Memberi ucapan tahniah dan kuntuman bunga kemenangan pertama di Majlis Konvokesyen nanti.

Aku ingin bersamamu,
Aku ingin bermusafir bersama denganmu biar dekat atau jauh.

Aku ingin bersamamu,
Berjalan dan melihat kebesaran Allah di seluruh Malaysia dan dunia bersama.

Aku ingin bersamamu,
Merancang dan mengatur segala kewangan dan masa depan bersama.

Aku ingin bersamamu,
Mewarisi segala yang dikurniakanNya padaku kepada kamu,

Aku ingin bersamamu,
Berani mati, lapar dan dahaga demi kamu.

Aku ingin bersamamu,
Sanggup berkorban segala kerjaya dan keinginan demi kamu.

Aku ingin bersamamu,
Berkorban segalanya, kerana cinta itu adalah pengorbanan.

Aku ingin bersamamu,
Mendukungmu di saat kamu kepenatan ke kamar tidur.

Aku ingin bersamamu,
Di saat kamu ingin melelapkan mata, biarlah aku menjadi bunga tidurmu.

Aku ingin bersamamu,
Mendodoi dan menjagamu ketika kamu sedang dibuai mimpi indah.

Aku ingin bersamamu,
Ketika mimpi buruk menganggu tidurmu, semoga pelukanku dapat menenangkanmu.

Aku ingin bersamamu,
Bangun bertahjud bersama memohon dipermudahkan segala urusan.

Aku ingin bersamamu,
Menempuhi segala rintangan dan masalah yang ada.

Aku ingin bersamamu,
Dalam susah atau senang, biar jauh atau dekat.

Aku ingin bersamamu,
Biar ada dalang yang cuba memisahkan dan memporak perandakan.

Aku ingan bersamamu,
Setiaku hanya padamu seorang.

Aku ingin bersamamu,
Di saat kita melewati usia tua.

Aku ingin bersamamu,
Sehingga hembusan nafas yang terakhir.

Aku ingin bersamamu,
Setia menantimu di pintu syurga, kerana kamulah bidadariku dunia akhirat.

Aku ingin bersamamu,
Cintaku padamu hanya kerana Allah S.W.T.

-meo188-

Related Posts by Categories



0 comments:

Post a Comment

Find us on Google+