Phishing Website: Jangan! Jangan! Jangan! Jangan!
Phishing adalah satu cubaan bersifat jenayah serta penipuan untuk mendapatkan maklumat sensitif di dalam perhubungan elektronik seperti nama pengguna, kata laluan, dan butiran kad kredit dengan menyamar sebagai sebuah entiti yang boleh dipercayai (wikipedia)
Phishing sangat bahaya, tapi ramai antara kita yang ambil mudah. Ramai yang menjadi mangsa, sama ada secara sedar atau tidak.
Perkara-perkara yang perlu dijauhi bila mendapat e-mail phishing:
JANGAN! #1
Jangan percaya dengan apa yang dikatakan di dalam e-mail phishing. Bank-bank TIDAK PERNAH dan TIDAK AKAN menghantar e-mail meminta pengguna login untuk mengesahkan akaun. Untuk tujuan keselamatan, pihak bank lebih gemar menggunakan telefon untuk berhubung dengan pelanggan mereka.
JANGAN! #2
Jangan klik mana-mana link yang terdapat di dalam e-mail. Walaupun kita tidak memasukkan username dan password di dalam website palsu tersebut, tetapi kita telah mendedahkan diri kepada serangan virus!
JANGAN! #3
Jangan BUKA langsung e-mail yang kita syak bersifat phishing. Terus delete mana-mana e-mail yang tajuk atau nama pengirim menunjukkan ianya datang dari bank. Sila rujuk posting ini untuk maklumat lanjut: Kod-kod jahat di dalam gambar e-mail.
JANGAN! #4
Jangan guna pelayan web yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang rendah, terutama Microsoft Internet Explorer. Gunakan browser yang lebih selamat seperti Mozilla Firefox ataupun Google Chrome. Internet Explorer dan beberapa browser lain sangat mudah dijangkiti malware.
![]() |
| Jangan Jadi Mangsa Phishing |
Posted by Posted by Ariff Abdullah , on at 12:46 • Labels: geek, hacking, IT, L, tek

0 comments:
Post a Comment