Periksa daya tahan password
Sambungan dari posting yang lepas. Aku baru siapkan satu online tool untuk kita test password-password kita. Test camana? Test sama ada password tu cukup kuat tak menahan serangan untuk crack password melalui teknik-teknik brute-force dan MD5 reverse look-up (baca posting yang lepas untuk tahu lebih lanjut)
kat mana nak test ni? klik link di bawah
KLIK SINI - > Free-Online-Tools.com - Password Strength Checker
(free-online-tools.com adalah project yang aku usahakan dengan kawan aku Hafizul @ Bun, sila2 la guna tools yang ada, free ajer)
Macamana nak guna? taip je password dalam textfield tu, pastu tekan 'check'. Lepas tu keputusan ujian akan keluar (macam check darah kat hospital lak ye?). kalau keputusan tu lambat sikit keluar, sabar la ye, bukan senang nak try pecah password ni.
Kalau nampak banyak tulisan hijau tu kira selamat la. Kalau nampak merah... ikut je la saranan yang ada tu. Insya Allah, kita semua nak guna Internet dengan tenang dan selamat :)
Posted by Posted by Ariff Abdullah , on at 20:42 • Labels: geek, hacking, IT, L, tek

0 comments:
Post a Comment