EDIT (11 Nov 2012, 18:34) :
Untuk sesiapa yang nak baca luahan versi lebih sopan, tapi isu yang sama, boleh baca sini: Pendaftaran Pelarian di Stadium Cheras
Untuk nak baca apa yang aku tulis, teruskan baca blog ni
Ok, semalam ada kawan aku bagitau diorang perlukan volunteer untuk program pendaftaran pelarian Myanmar & Rohingya di bawah UNHCR. Okay, kalau korang tak tahu apa cerita pasal konflik di Myanmar, sila Google dulu dan faham betul-betul situasi sebelum terus baca posting aku ni. Aku taknak cerita, nanti korang kata aku reka-reka cerita, jadi elok korang Google sendiri pasal Rohingya.
Dah habis Google dan baca? Nah, sekarang Google dan baca pulak pasal pelarian dan kad pelarian (refugee card)...
Pastu baca yang ni plak: Kenyataan Rasmi dari UNHCR
Dah habis? okay, sekarang boleh sambung baca posting aku...
Lepas maghrib, aku terus ke stadium Cheras. Aku ada dua orang kawan yang dah memang volunteer dalam program tu, tapi sorang tengah sibuk crowd control, sorang lagi masih sangkut kat Bandar Tun Razak. Jadi masa aku sampai stadium, aku tak kenal sapa-sapa pun petugas kat situ. Apa aku buat? Aku bagitau polis yang jaga kat depan, aku datang buat kerja sukarela, polis tu terus bagi aku masuk. Sampai tempat guard, aku bagitau benda yang sama, guard tu bukak gate pastu bawak aku jumpa person-in-charge. Person-in-charge pun tak banyak soal, terus terang apa kerja yang aku boleh tolong kat situ.
Nampak tak? Mudah kan nak masuk dalam tu? So, yang bising2 konon nak menyeludup masuk dan ambik gambar dalam tu, toksah la dok sembang kuat. Cakap je nak masuk, diorang bagi masuk punya. Diorang pun tengah tak cukup tangan nak buat kerja.
So, apa tugas aku malam tadi? Senang je, interview orang-orang yang datang nak memohon kad pelarian tu. Kira buat tapisan la, supaya tak ada PATI yang menyamar jadi pelarian untuk dapat refugee card tu. Program tu khas untuk Muslim bangsa Myanmar dan Rohingya yang lari ke Malaysia sebab konflik kat sana. Jadi memang betul kitorang ada juga minta diorang mengucap ker, baca al-Fatihah ke untuk membuktikan diorang ni Muslim (sebab pelarian dari Myanmar yang dihantar ke queue aku memang semua Muslim). Secara ringkas, tugas aku malam tu cuma interview diorang je. Kalau ada PATI yang menyamar tapi terlepas juga, wallahu'alam. Aku cuma buat setakat yang mampu.
Dalam pukul 11.30 malam, aku balik rumah. Tapi ramai lagi pelarian yang dok menunggu giliran, so kalau tak sempat habis malam tu, memang akan jadi program 24jam.
Untuk apa aku buat benda tu? Aku spend masa dan tenaga, tanpa upah sebab itu tanggungjawab aku sebagai manusia untuk bantu sesama manusia. Berpuluh ribu pelarian datang ke negara aku sebab menyelamatkan nyawa, kalau aku langsung taknak tolong diorang, apa aku nak jawab kat Mahsyar nanti? Kalau aku setakat nak pikir pasal hidup kat dunia ni saja, memang aku tak buat benda-benda macam ni, nafsi-nafsi la kan? Tapi sebab pikir pasal hidup kat 'sana' tu, aku buat jer. Walaupun bukan ikhlas tahap sufi, tapi aku tak buat untuk habuan dunia. Aku nak habuan akhirat je, sebab aku memang dah banyak dosa. Allah bagi aku hidup kat tempat yang aman dari perang (walaupun memang tak aman dari jenayah dan penyelewengan menteri2), jadi dah jadi tanggungjawab aku untuk bantu diorang yang jadi mangsa konflik tu. Sama la macam orang yang Allah bagi harta yang banyak kena bantu orang yang miskin. Orang yang dalam family bahagia kena bantu anak-anak yatim. Orang yang sihat kena bantu orang-orang yang sakit. Bila Allah bagi kita satu kelebihan, maka menjadi tanggungjawab kita untuk bantu manusia-manusia yang tak merasa nikmat yang sama.
Okay, cukup la melalut bab tu... Ini sebab sebenarynya yang buat aku tulis blog yang dah lama aku tak update ni:




Yaaa.... tu diaaaa... program ni dah dipolitikkan... Maka jadilah aku dan kawan2 aku macai-macai BN yang hina. Okay, kawan2 aku tu semua orang baik2, diorang takkan layan fitnah macam ni, diorang diam jer. Tapi aku taknak diam, sebab hak aku untuk bersuara la kan? Bukan aku tak cuba terang elok-elok, aku dah comment pun kat gambar yang ada dalam MG tu, tapi still jugak yang tak paham-paham still nak sembang kencang cerita fitnah ni. Nasihat aku untuk korang yang malas nak selidik dulu berita yang korang dengar, sila apply untuk jadi macai BN, sebab macai-macai BN memang modus operandi dia macam tu. Buat cerita>spin>fitnah!!!
aku taknak la print screen banyak comment yang gaya macam macai BN tu, so korang ada la peluang nak padam balik comments tu kan? Kalau macai BN, memang aku print screen, takde ampun.
Mari sini dengar 'ejen laknat BN' ni nak cakap. (Sumpah memang ada blog yang labelkan petugas kat program tu sebagai ejen laknat BN, korang cari la sendiri ye. harapnya penulis tu sempat padam dulu sebelum korang jumpa).
Aku dan family aku tak pernah undi BN sekalipun. Dari zaman arwah Abah aku muda sampai la PRU yang lepas, 100% undi kitorang lawan BN. Zaman sebelum reformasi, masa aku tak layak mengundi lagi pun ada orang panggil aku PAS totok. Orang kampung semua tahu family aku PAS dari dulu. Bukan sebab kitorang sokong PAS membuta tuli, tapi sebab kitorang tahu PAS yang nak menegakkan Islam. Hampir semua demo aku turun. Perhimpunan rakyat aku ikut. Tear gas, water cannon etc tu semua dah banyak kali kali rasa...
Korang check sendiri la fb aku, aku memang set public. cari la start dari awal aku bukak akaun tu sampai hari ni, kalau korang boleh jumpa satu ayat saja pun yang menunjukkan aku ni ejen (ataupun sekadar sokong) BN, sila abaikan posting ni dan teruskan memanggil aku ejen laknat BN. SATU ayat je... berani?
Yang paling buat aku sedih, benda macam ni laju je semua orang nak komen, nak share. nak tulis blog sekian. Benda belum sahih lagi pun, korang buat pandai-pandai sendiri je. Kalau program yang melibatkan kutip derma untuk mangsa konflik kat Myanmar tu (penganjur sama dengan program UNHCR ni), senyaaaaaap jeer... takde pulak korang nak bising-bising kan? Takde pulak nak sibuk2 share sana sini? Diorang semua tu manusia cam kita jugak. perlu makan, perlu rumah, perlu belajar, dan yang paling penting berhak hidup sebagai manusia. Cuba bayangkan kalau kita dalam situasi diorang? Kalau kita yang terpaksa lari dari Malaysia ni ke negara lain, pastu kita tak ada hak untuk kerja, belajar, gi klinik dan lain-lain? Tak mustahil kalau Allah nak turunkan mehnah yang sama kat kita. Dalam situasi tu, apa kita nak buat? untuk sehari, tolonglah jadi seorang Muslim, jangan jadi fasiq yang suka bawa fitnah...
Akhir sekali, aku nak tutup posting ni dengan ajakan yang paling ikhlas buat korang yang bising2 kat fb, blogs etc tu. Program ni sampai lusa (Jumaat 9 Nov). Korang datang la sendiri, offer diri untuk jadi sukarelawan. Datang tolong buat kerja. Jangan datang sebab nak buat kacau (jangan jadi macam macai BN!!!). Datang dan tolong. Sambil-sambil tu kalau nak perati ke, nak nilai sendiri ke... itu suka hati korang la. Insya Allah, kalau korang tolong orang susah masa korang senang, bilamasa korang pulak susah, Allah akan hantar orang senang untuk tolong korang...
EDIT: printscreens yang aku letak kat atas tu, posting asal dah dibuang. tapi kalau ada sesiapa yang nak baca, boleh baca ikut
Google Webcache ni
EDIT LAGI: haaa... mamat yang fitnah member aku (kat screencap tu nama Muhammad), nampak gaya cam dah insaf. siap tolong promote nak carik beg ngan baju untuk Muhammad ngan Amir (sorang lagi aktivis kebajikan tip-top) bawak ke Palestine sebagai sumbangan persediaan musim sejuk ni... kan bagus macam tu, orang buat kerja amal, kita pakat tolong, bukan pakat kondem dan fitnah. Buat mamat yang start kecoh isu ni kat blog, fb dan sampai youtube tu. biar la kes ni jadi yang last ye. takde sape nak larang kau buat blog politik, tapi lain kali selidik fakta dulu. kalau betul kau sokong PR, tolonglah ikut etika pemimpin PR bila buat kenyataan, boleh?
Takpe, biar kes ni jadi pengajaran buat semua orang, termasuk aku sendiri... sapa yang tak pernah buat silap kan? kan? kan? peace out!
Posted by
Posted by
Ariff Abdullah
, on
at
13:25
•
Labels:
babbler,
L,
malaysia